Salam Pekenalan...

Blog ini dibuat sekadar mengisi masa lapang selain ingin berkongsi resepi-resepi masakan. Dialu-alukan sebarang komen bagi memperbaiki cara masakan saya...atau sebarang cadangan untuk membuatkan masakan ini menjadi lebih sedap....

Sunday, March 18, 2012

POPIAH GORENG

Petang-petang ni memang sedap kalau makan popiah goreng yg panas2. Nak pulak time hujan-hujan ni...Nak bagi puas hati buat popiah goreng sendiri sebab inti didalamnya sangat meriah. Jom kita cuba resepi cara saya ni...



Bahan2:
Kulit popiah
Minyak masak untuk menggoreng
3 sudu tepung gandum dibancuh dengan 3 sudu air ( sebagai gam)

Bahan2 Inti:
1 biji timun - disagat @ dipotong halus
1 biji lobak merah - disagat @ dipotong halus
2 genggam taugeh - dicelur
10 helai daun kuchai dipotong pendek & dicelur
3 keping tauhu - digoreng & dipotong kecil2
10 ekor udang- dicelur & dipotong halus
garam

Cara2 membuatnya:
1.Asingkan kulit popiah sekeping demi sekeping- jangan sampai koyak
2. Campurkan kesemua bahan2 inti kedalam satu bekas dan gaul.
3. Ambil sekeping kulit popiah dan letakkan inti yang telah digaul tadi. Letak inti dari bahagian bawah tutup menggunakan bucu bawah, kemudian tutup bahagian kiri dan kanan. Gulung ke atas dan gamkan hujungnya menggunakan tepung yang telah dibancuh tadi.
4. Ulangi langkah ini untuk popiah2 yang seterusnya.
5. Panaskan minyak dan goreng dengan menggunakan api yang perlahan. Apabila telah garing kekuningan angkat dan toskan minyaknya. Siap untuk dihidangkan.

Kalau tak ada kuah lada boleh makan dengan sos cili aje. Saya suka makan dengan sos cili saje..kuantiti bahan2 di atas boleh menghasilkan 24-25 keping popiah. Selamat mencuba dan selamat minum petang.

Monday, March 12, 2012

IKAN KELI BERLADA

Para penggemar ikan keli boleh cuba resepi ini....saya pun suka ikan keli masak berlada ni.



Bahan2:
4 ekor ikan keli sederhana besar
1 biji bawang besar
6 biji cili merah - dikisar
6 biji cili api - dikisar
3 biji bawang merah-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
sedikit belacan-dikisar
1 cawan air asam jawa
serbuk kunyit
garam
minyak masak

Cara2 memasaknya:
1) Ikan keli tadi disiang, dibersihkan sehingga hilang lendirnya ( saya gunakan asam jawa untuk menghilangkan lendirnya.
2)Goreng bersama serbuk kunyit dan garam sehingga masak
3) Untuk sambalnya- panaskan minyak, tumis bahan2 yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak.
4) Masukkan air asam jawa masak hingga mendidih.
5) Masukkan bawang besar sehingga bawang tadi layu dan garam secukup rasa.
6) Tutup api dan curahkan sambal ke atas ikan yang siap digoreng tadi.

Saya tidak memasukkan sekali ikan dengan sambal didalam kuali kerana takut ikan hancur...

TAUGEH GORENG

Suka makan taugeh...salah satu menu yang boleh dibuat daripada taugeh adalah taugeh goreng sebagai hidangan sayuran dalam makanan kita.


Bahan2:
Taugeh ( selalu saya beli dah siap bungkus kat pasar malam)
Daun kuchai (ikut suka kuantitinya)
2 Keping tauhu (digoreng dan dipotong 6)
1/2 biji cili merah (dihiris nipis)
3 biji bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
sedikit ikan bilis-ditumbuk
Garam
Minyak Masak
1 cawan air

Cara2 memasaknya:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau
2. Masukkan air sehingga mendidih
3. Masukkan Taugeh, Kuchai dan Cili Merah dan Garam. Gaul rata sehingga masak dan masukkan Tauhu Goreng dan gaul sekali lagi. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Senangkan...mudah dan sedap.

Sunday, March 11, 2012

ONDE-ONDE BUAH MELAKA

Antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran saya, cara membuatnya pun tidak merumitkan.



Bahan2: (menghasilkan 25 biji)
2 cawan tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 cawan air
pewarna hijau
gula melaka dipotong kecil
garam
1/2 biji kelapa parut

Cara2 membuatnya:
1. Bancuh tepung pulut,tepung gandum dan garam dengan air sedikit demi sedikit sehingga tepung boleh digentel dan tidak melekat ditangan.
2.Titikkan beberapa titik pewarna  hijau keatas tepung dan uli sehingga warna tadi rata
3. Ambil tepung sebesar ibu jari dan leperkan untuk dimasukkan gula melaka ditengahnya, tutup semula dan bentukan seperti bebola.
4.Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan tepung yang telah kita bulatkan tadi.
5. Bebola tadi akan timbul menandakan ia telah masak. Angkat dan toskan.
6. Gaulkan bebola yang telah ditoskan tadi dengan kelapa parut(letak sedikit garam ke dalam kelapa) dan siap untuk dihidangkan.

Sedap untuk hidangan minum petang..

LAKSA PENANG ARNEZA

Saya namakan laksa ni "Laksa Penang Arneza" sebab tak 100% ikut macam resepi sebenar laksa penang...ada sedikit kelainan...walaubagaimanapun banyak yang masih sama...



Bahan2:
 2kg laksa basah

Bahan untuk kuah:
1 kg ikan kembung
4 keping asam keping
1/2 biji bawang besar-dikisar
10 ulas bawang merah-dikisar
6 ulas bawang putih-dikisar
belacan-dikisar
10 sudu cili giling
1 cawan air asam jawa
1 batang bunga kantan
5 tangkai daun kesum
garam

Bahan2 sampingan
1 biji timun (dipotong atau disagat memanjang)
6 helai daun salad (dihiris)
2 biji limau nipis (dipotong memanjang)
10 biji cili padi(dipotong kecil2)
1/2 biji bawang besar ( dihiris)
5 biji telor

Cara-cara membuatnya:
1. Celur laksa tadi didalam air mendidih dan toskan airnya
2. Untuk membuat kuahnya:
a) rebus ikan sehingga 3/4 masak...kemudian asingkan ikan dan ketepikan dahulu air rebusan tadi.
b) asing isi ikan dari tulangnya, kisar isi ikan dan masukkan ke dalam air rebusan tadi.
c) kisar tulang ikan sehingga hancur, tapis dan masukkkan bersama-sama kedalam air rebusan.
d)masukkan bawang2 yang telah dikisar bersama2 belacan kedalam ramuan tadi
e)masukkan juga cili giling,air asam jawa, asam keping,bunga kantan dan daun kesum.
f) masak hinggan mendidih dan perasankan dengan garam
3. Hidangkan laksa bersama2 kuah dan bahan2 sampingan tadi...

Selamat mencuba....